-->
Mengenai CMGO
Apakah CMGO?
CMGO ialah perkhidmatan penstriman yang menawarkan filem Cina hebat – daripada keluaran terbaru dan blokbuster terkini, sehingga tajuk belum pernah dilihat, serta versi original dan suntingan pengarah, dunia filem Cina kini tersedia untuk anda terokai di hujung jari! Daftar sekarang! Anda boleh menonton filem kegemaran pada bila-bila masa, di mana-mana saja pada peranti pilihan anda, semua tanpa iklan, dengan antara muka pengguna dan sari kata setempat.
Apakah yang boleh saya tonton di CMGO?
CMGO menawarkan kurasi filem Cina terbaik dan terhebat dari Hong Kong, China, Taiwan dan Asia Tenggara. Ini termasuk terus dari keluaran panggung dan blokbuster terkini, tajuk belum pernah dilihat di wilayah anda, versi penuh original dan suntingan pengarah filem popular, filem yang memenangi anugerah dan karya klasik kegemaran sepanjang zaman, serta Original CMGO dan kandungan eksklusif yang hanya boleh didapati di CMGO.
Di mana boleh saya menonton CMGO?
Anda boleh menonton CMGO di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Layari www.cmgo.com untuk cipta akaun CMGO terlebih dahulu, kemudian melanggan melalui operator tempatan anda dan serta-merta mula menonton CMGO melalui aplikasi CMGO pada peranti mudah alih anda, melalui laman web atau TV pintar terpilih. Anda juga boleh muat turun filem kegemaran untuk ditonton dalam perjalanan atau tanpa sambungan Internet. Bawa CMGO bersama ke mana-mana saja.
Bagaimana cara menonton CMGO?
Untuk menikmati CMGO, anda boleh mengaktifkan akaun anda melalui syarikat telekomunikasi & pengendali tempatan. Sila hubungi pengendali tempatan untuk maklumat lanjut.
Berapakah harga CMGO?
Yuran langganan bulanan CMGO ialah RM14.99 (dengan SST). Sila semak dengan pembekal anda. Anda mungkin menerima pelan yang lebih menarik.
Soalan Berkaitan Peranti
Apakah pelayar web yang disokong CMGO?
Anda boleh mencipta akaun dan menonton CMGO dengan menggunakan pelayar web pada komputer atau iPad anda. Berikut ialah pelayar web yang disokong: Chrome, Edge, Firefox, Safari Jika anda mengalami kesulitan menggunakan CMGO melalui mana-mana pelayar web di atas, sila kemas kini pelayar anda untuk menyokong CMGO. Jika masih mengalami kesulitan, sila hubungi CMGO menggunakan borang Hubungi Kami.
Apakah peranti dan sistem pengendali yang disokong CMGO?
CMGO disokong oleh kedua-dua komputer peribadi, PC (Mac dan Windows) dan peranti mudah alih (Telefon dan Tablet dengan sistem pengendali Mac iOS atau Android). Bagi pengguna PC Windows, CMGO hanya boleh diakses pelayar anda melalui www.cmgo.com. CMGO ketika ini menyokong pelayar web Google Chrome, MS Edge dan Firefox dan beroperasi terbaik menggunakan versi Windows terkini tapi ia disokong sehingga dua versi sebelumnya. Bagi pengguna MacOS MAC, CMGO hanya boleh diakses melalui www.cmgo.com melalui Google Chrome, MS Edge, Firefox dan Safari. Seperti PC, CMGO beroperasi terbaik pada kemas kini MacOS terkini dan juga disokong sehingga dua versi sebelumnya. Apple iPhone dan iPad, sebagai tambahan kepada telefon Android dan tablet disokong sebagai App jati dan boleh dimuat turun ke peranti anda melalui Apple App Store atau Google Play Store. Walaupun CMGO boleh juga diakses melalui pelayar peranti mudah alih anda, untuk pengalaman terbaik kami syorkan untuk muat turun Aplikasi. Pengguna dengan peranti disokong Chromecast, seperti TV Pintar, boleh menggunakan TV Pintar untuk ‘tayang’ filem CMGO daripada telefon mereka, selagi peranti mudah alih pengguna dan peranti disokong Chromecast menggunakan rangkaian yang sama.
Berapa kelajuan minimum sambungan Internet untuk menggunakan CMGO?
Untuk menonton filem di CMGO, kami syorkan sambungan Internet yang stabil dengan kelajuan muat turun 5Mbps (megabit sesaat) atau lebih tinggi untuk memastikan pengalaman menonton terbaik.
Apakah peraturan untuk penggunaan CMGO serentak?
"Kami tidak mengehadkan bilangan peranti untuk CMGO dimuat turun oleh pengguna. Namun, bilangan filem serentak adalah terhad untuk ditonton oleh pengguna serentak. Ketika ini, ia dihadkan untuk tiga strim serentak. Anda boleh mencipta sehingga tiga profil dalam isi rumah, supaya setiap seorang memiliki pengalaman CMGO tersendiri. Setiap profil boleh ditetapkan untuk tahap klasifikasi tertentu dan setiap profil memiliki pengesyoran unik tersendiri berdasarkan rating profil atau cita rasa. "
Bolehkah saya menonton kandungan CMGO pada satu peranti dan teruskan menonton tajuk sama pada peranti lain?
Ya. Jika CMGO dipasang pada lebih daripada satu peranti serasi, anda boleh bertukar-tukar peranti untuk terus menonton kandungan CMGO di tempat anda berhenti - selagi terus menggunakan profil pengguna yang sama. Setiap akaun pengguna boleh mencipta sehingga tiga profil pengguna untuk setiap ahli isi rumah, supaya setiap seorang memiliki pengalaman CMGO tersendiri. Jika menggunakan profil yang sama, anda boleh bertukar pada sebarang peranti untuk terus menonton di tempat anda berhenti.
Bolehkah saya menonton CMGO pada televisyen?
Ada beberapa cara menonton CMGO di televisyen anda termasuk: a. ‘Tayang’ strim anda daripada aplikasi mudah ahli CMGO atau pelayar web PC/Mac ke TV Pintar yang disokong. Aplikasi CMGO mesti menggunakan rangkaian Wi-Fi sama seperti TV Pintar yang disokong. Sebaik disambungkan, ikon tayang akan kelihatan pada kanan atas aplikasi CMGO atau kanan atas pemapar main semula filem anda. Apabila ikon dipilih, senarai peranti disokong yang tersedia pada rangkaian anda akan dipaparkan dan memilih peranti untuk ‘tayang’ strim semasa anda, akan menyambungkan dan memulakan main semula pada peranti pilihan. b. Jika pembekal perkhidmatan semasa anda menyertakan kotak atas set (STB) disokong. Sesetengah pembekal perkhidmatan membekalkan kotak atas set sebagai sebahagian khidmat langganan hiburan digital mereka. Jika pembekal perkhidmatan anda ada menawarkan, kemungkinan CMGO sudah tersedia. Cari aplikasi CMGO menggunakan fungsi carian kotak atas set. c. Menonton CMGO melalui TV Pintar-CMGO tersedia. CMGO telah dibangunkan untuk beberapa TV Pintar popular. Jika TV Pintar anda telah ‘CMGO tersedia’, aplikasi CMGO boleh didapati dengan mencari ‘aplikasi’ atau buat carian di stor aplikasi TV Pintar anda untuk cari dan pasang CMGO. Sebaik dipasang, log masuk menggunakan maklumat akaun CMGO anda dan mula menonton terus melalui TV Pintar anda.
Pengurusan Akaun & Info
Apakah cara mendaftar untuk CMGO?
Cara mendaftar untuk CMGO sangat mudah! Layari www.cmgo.com untuk mencipta akaun CMGO anda dan melanggan melalui operator tempatan anda. Sila hubungi pengendali tempatan untuk maklumat lanjut
Apakah cara menghentikan langganan CMGO saya?
Langganan CMGO anda terikat kepada pembekal anda. Jika anda membatalkan CMGO sebelum penghujung tempoh suatu bulan, anda boleh menggunakan CMGO sehingga penghujung tempoh bulan itu.. Untuk mengetahui tempoh tamat langganan anda, hubungi pembekal anda untuk maklumat lanjut
Bolehkah saya menggunakan CMGO untuk percuma?
Anda memerlukan langganan untuk menonton CMGO. Langgan sekarang melalui pembekal tempatan anda dan nikmati CMGO hari ini!
Apa yang perlu saya buat jika menghadapi masalah log masuk CMGO?
Jika anda mengalami masalah log masuk ke akaun CMGO anda: a. Anda menerima mesej ralat apabila cuba log masuk ke CMGO: - Kata laluan anda mungkin silap atau anda terlupa kata laluan. Untuk menukar kata laluan, pilih ‘Terlupa Kata Laluan’ pada skrin log masuk. - Pastikan emel anda betul dan/atau ia emel sama digunakan ketika daftar masuk. - Cuba log masuk menggunakan peranti berbeza b. Jika anda boleh log masuk CMGO tapi mengalami masalah dengan langganan: - Akaun anda diuruskan oleh pembekal perkhidmatan CMGO anda. Sila periksa dengan pembekal perkhidmatan untuk memastikan kelayakan anda aktif. c. Jika langganan CMGO anda aktif tapi anda gagal log masuk ke akaun CMGO: - Periksa Apple App Store atau Google Play Store untuk kemas kini. - Anda perlu pasang semula CMGO pada peranti mudah alih anda dengan nyahpasang aplikasi terlebih dahulu dan pasang semula CMGO. d. Untuk isu lain berkaitan log masuk ke CMGO yang tidak disebutkan di atas, sila hubungi kami.
Apa yang saya perlu buat jika menghadapi masalah dengan akaun atau isu lain berkaitan langganan?
Oleh kerana langganan CMGO anda diuruskan oleh pembekal perkhidmatan anda, sila hubungi mereka. Anda masih boleh menghubungi kami melalui borang Hubungi Kami dan pasukan sokongan kami akan mengirim semula mesej anda.
Bolehkah saya mematikan PIN profil?
Bergantung kepada peraturan tempatan dan lokasi anda, PIN boleh dibuang daripada profil anda. Untuk membuang keperluan PIN, ia cuma boleh dilakukan melalui laman web CMGO. Klik pada ikon profil di sudut kanan atas laman web, kemudian klik ‘Pergi Ke Profil’. Pada bahagian Profil klik butang ‘Edit Profil’ dan pilih profil yang keperluan PIN ingin dibuang. Pada halaman Edit Profil anda boleh menukar sekatan tontonan berdasarkan rating kematangan atau membuang terus sekatan tontonan dengan menyahaktif togol ‘Sekatan Tontonan’. Pilih ‘Simpan Penukaran’ untuk sahkan penukaran anda. Sebagai langkah akhir, anda perlu memasukkan kata laluan akaun untuk kunci penukaran.
Bagaimana menukar atau set semula PIN?
Untuk menukar atau set semula PIN, sila lakukan di laman web www.cmgo.com Klik ikon profil di sudut kanan atas laman web, kemudian klik ‘Pergi Ke Profil’. Pada bahagian Profil klik butang ‘Edit Profil’ dan pilih Profil yang keperluan PIN ingin dibuang. Pada Edit Profil pilih ‘Kemas Kini PIN Profil’ dan pada tetingkap berikutnya masukkan PIN profil baru, kemudian sahkan PIN baru dan sahkan tukaran PIN. Pilih ‘Simpan Penukaran’ untuk sahkan penukaran anda. Sebagai langkah akhir, anda perlu memasukkan kata laluan akaun untuk kunci penukaran.
Tentang Kod Akses
Bagaimana membeli kod akses CMGO?
Anda boleh membeli kod akses CMGO melalui pembekal eBilling di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang pembekal eBilling, sila rujuk laman web www.cmgo.ebayar.my
Bagaimana saya boleh menebus kod akses CMGO?
Untuk menebus kod akses anda, klik pada pautan Tebus Kod di bahagian bawah halaman atau pergi ke cmgo.com/redeemcode dan log masuk dengan maklumat akaun anda atau daftar untuk akaun baru.
Bolehkan saya memberi kod akses CMGO kepada orang lain?
Anda boleh memberi kod CMGO kepada orang lain asalkan kamu tidak pernah menggunakan kod ini.
Bolehkan saya berkongsi kod akses saya dengan orang lain?
Setelah kod akses anda telah ditebus, ia tidak boleh digunakan lagi.
Kenapa saya melihat mesej ini, "Anda tidak boleh menebus kod akses baru sekarang. Sila semak semula kemudian. Untuk maklumat lanjut, sila semak Soalan Lazim kami"?
Anda hanya boleh menebus (atau menambah) dua kod akses pada satu akaun pengguna pada satu masa. Anda perlu menunggu sehingga salah satu kod akses tamat tempoh sebelum mereka boleh menambah kod akses kedua.
Kenapa saya melihat mesej, 'Sila masukkan kod akses yang sah.' pada skrin Tebus Kod Akses?
Anda mungkin telah memasukkan kod akses yang tidak sepadan dengan format yang dijangka, contohnya kurang atau lebih daripada 16 aksara. Sila pastikan anda memasukkan kod akses yang sah tanpa ruang kosong
Saya tidak menerima SMS dengan kod akses. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila menghubungi pembekal kod akses anda
Saya mempunyai langganan CMGO yang sah melalui kod akses. Kenapa saya tidak boleh mengakses aplikasi TV?
Aplikasi AndroidTV tidak boleh dimuat turun melalui Google Play Store buat masa ini. Anda boleh menggunakan fungsi Cast untuk memainkan kandungan CMGO di TV anda atau sambungkan kabel HDMI ke TV anda
Kenapa saya melihat mesej, 'Anda telah mencapai had penebusan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim kami' pada skrin Tebus Kod Akses?
Akses anda ke CMGO telah diaktifkan melalui 2 kod akses. Anda perlu menunggu sehingga kod akses pertama tamat tempoh.
Kandungan
Apakah klasifikasi kandungan di CMGO?
Semua klasifikasi kandungan CMGO ditentukan oleh CMGO atau mengikut peraturan tempatan. Sila rujuk di bawah untuk klasifikasi kandungan lanjut: U – Sesuai untuk semua peringkat usia P12 – Sesuai untuk semua peringkat usia dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk penonton di bawah usia 12 tahun 13 – Sesuai untuk penonton berusia 13 tahun ke atas 16 – Sesuai untuk penonton berusia 16 tahun ke atas 18 – Sesuai untuk penonton berusia 18 tahun ke atas
Bolehkah saya menonton filem CMGO secara HD atau 4K?
Tajuk CMGO tersedia dalam HD - semak halaman butiran tajuk untuk melihat kualiti video dan audio untuk dimainkan pada peranti anda. Tajuk 4K akan ditambah ke senarai filem kami tidak lama lagi - nantikan!
Adakah sari kata dan alih suara tersedia untuk tajuk-tajuk CMGO?
Filem di CMGO tersedia dalam runut bunyi Original mereka dan/atau dalam bahasa Mandarin, dan bahasa/alih suara lain di mana boleh guna. Sari kata tersedia dalam pelbagai bahasa, yang berbeza-beza mengikut negara/wilayah dan tajuk.
Adakah semua kandungan di CMGO boleh dimuat turun?
Kami berusaha menyediakan sebanyak mungkin filem yang boleh dimuat turun. Jika sebuah tajuk tidak dapat dimuat turun, ada pelbagai sebab termasuk: Hak kandungan ketika ini tidak boleh dibeli daripada penyedia kandungan; hak kandungan ketika ini eksklusif untuk syarikat lain.
Teknikal
Apakah cara menggunakan 'Senarai Saya'?
Senarai Saya ialah seperti penanda, tempat anda boleh simpan filem yang ingin ditonton kemudian. Untuk simpan filem ke Senarai Saya, cari simbol + di halaman butiran atau pada pratonton tajuk filem.
Filem-filem yang ditambah ke ‘Senarai Saya’ sudah hilang. Apa yang berlaku?
Jika anda menambah filem ke ‘Senarai Saya’ yang sudah dikeluarkan dari CMGO, ia tidak akan kelihatan dalam ‘Senarai Saya’.
Bagaimana ciri Muat Turun berfungsi?
Ciri Muat Turun membolehkan anda menonton filem yang dimuat turun tanpa memerlukan sambungan Internet. Untuk muat turun filem, hanya klik [ikon anak panah ke bawah] untuk mula muat turun ke peranti anda. Kami syorkan sambungan Wi-Fi ketika muat turun untuk penjimatan data mudah alih.
Apakah sekatan untuk muat turun kandungan dan tontonan luar talian?
Filem yang telah dimuat turun untuk tontonan luar talian hanya boleh ditonton pada peranti yang digunakan untuk muat turun. Filem tersebut tidak boleh disimpan atau dipindahkan ke peranti lain. Filem yang dimuat turun akan tersedia pada peranti anda selama 7 hari selepas muat turun pertama dan tamat tempoh selepas 7 hari. Jika filem telah tamat tempoh, anda perlu muat turun tajuk tersebut semula.
Adakah kandungan yang dimuat turun akan tersedia pada waktu yang saya pilih?
Ya, selagi anda menontonnya dalam waktu yang diperuntukkan (7 hari selepas filem dimuat turun). Jika filem telah tamat tempoh, anda perlu muat turun tajuk tersebut semula.
Mengapa saya gagal menonton kandungan yang dimuat turun?
Jika anda tidak dapat menonton kandungan yang dimuat turun, ia mungkin disebabkan oleh salah satu antara yang berikut: i. Kandungan telah tamat tempoh, cuba muat turun tajuk filem itu semula. ii. Tajuk filem tidak lagi wujud dalam CMGO. iii. Langganan anda telah tamat tempoh dari waktu anda muat turun hingga ke waktu anda cuba menonton kandungan. Sila semak status langganan anda. iv. Peranti anda kehabisan ruang storan atau melaksanakan ‘pembersihan’ data untuk mengosongkan storan. Jika peranti anda secara tidak sengaja menjejaskan data aplikasi CMGO, muat turun anda turut terjejas. Sila periksa storan peranti anda dan/atau muat turun tajuk filem semula.
Bolehkah saya log masuk ke peranti saya menggunakan akaun lain dan menonton kandungan muat turun?
Tidak, kandungan muat turun terhad kepada tontonan daripada akaun sama yang digunakan untuk muat turun dan khusus pada peranti itu sahaja.
Bolehkah saya log masuk ke peranti saya menggunakan akaun lain dan menonton kandungan muat turun?
Tidak, kandungan dimuat turun ke peranti khusus dan disimpan secara setempat. Jika anda menukar peranti, walaupun dengan akaun sama, peranti baru tidak mempunyai salinan kandungan yang dimuat turun.
Di mana kandungan muat turun saya?
Kandungan dimuat turun boleh didapati di halaman Muat Turun. Ketik pada ikon menu dan cari ‘Muat Turun’, pilih ini untuk ke muat turun anda.
Bagaimanakah cara memadam kandungan muat turun saya?
Untuk memadam kandungan muat turun, pergi ke halaman Muat Turun dengan klik/ketik ikon menu. Di halaman Muat Turun, pilih tajuk yang ingin dipadam dan klik/ketik ikon hapus
Apa yang berlaku selepas kandungan muat turun saya tamat tempoh?
Jika kandungan muat turun anda telah tamat tempoh, anda akan lihat ikon ‘tidak tersedia’ diserlahkan bersebelahan tajuk filem yang tamat tempoh.
Berapa lama kandungan muat turun boleh disimpan?
Tajuk yang dimuat turun boleh ditonton sehingga 7 hari dari waktu ia dimuat turun. Jika tajuk anda telah tamat tempoh, sila muat turun tajuk tersebut semula.
Bolehkah kandungan muat turun saya ‘DITAYANG’ atau ‘Airplay’?
Ya, selagi ia ‘DITAYANG’ ke peranti yang disokong menggunakan Chromecast Android. Anda juga boleh tayang dengan Airplay Apple daripada peranti kandungan yang telah dimuat turun, tapi sesetengah ciri tidak tersedia.
Berapakah sambungan Internet minimum diperlukan untuk menggunakan CMGO?
Untuk menonton CMGO, kami syorkan kelajuan Internet stabil sekurang-kurangnya 5 Mbps atau lebih. Walaupun CMGO akan menyelaras mengikut lebar jalur anda untuk pengalaman tontonan terbaik, lebar jalur yang rendah akan menjejaskan kualiti video.
Berapa banyak data digunakan untuk filem secara purata di CMGO?
Penggunaan data berdasarkan kualiti penghantaran video yang dilaraskan secara automatik untuk memberikan pengguna CMGO pengalaman terbaik. Namun sebagai panduan am, filem 1 jam boleh memakan lebih kurang 1GB - 3GB data rangkaian.
Bolehkah saya mengehadkan tontonan dengan data mudah alih?
Anda boleh menyekat aplikasi CMGO daripada menonton atau muat turun filem pada data mudah alih di dalam tetapan aplikasi CMGO. Pilih Tetapan dan anda boleh lihat ‘Strim guna Data Mudah Alih’. Jika dihidupkan, akan membenarkan penstriman guna rangkaian mudah alih. Jika dimatikan, akan menyekat penstriman untuk Wi-Fi sahaja. Sekatan ini tidak didapati jika menggunakan versi laman web CMGO.
Bagaimanakah cara mengawal pengunaan data saya?
Di bawah menu Tetapan pada aplikasi CMGO, terdapat 3 opsyen membantu pengurusan penggunaan data anda. 1) Strim guna Data Mudah Alih; Jika ‘tutup’ opsyen ini, penstriman terhad pada rangkaian Wi-Fi sahaja. 2) Muat Turun guna Data Mudah Alih; Jika opsyen ini ditutup akan menghalang sebarang filem dimuat turun melalui rangkaian mudah alih. 3) Kualiti muat turun; opsyen ini mengehadkan kualiti (serta saiz) filem yang dipilih untuk muat turun.
Mengapa kualiti kandungan ditonton kadangkala tidak memuaskan?
Kualiti main balik video dilaras secara automatik untuk memberi pengguna kualiti video terbaik. Jika sambungan Wi-Fi anda lemah, ini akan menjejaskan kualiti main semula. Selain itu, jika anda menstrim dengan rangkaian mudah alih, sambungan tidak stabil juga menyebabkan kualiti buruk main balik.
Bantuan Am/ Perhubungan
Siapakah yang boleh saya hubungi jika CMGO gagal berfungsi atau ralat muncul sewaktu operasi biasa?
Jika anda mengalami sebarang kesukaran menggunakan CMGO, kami menyediakan pautan Hubungi Kami yang boleh didapati pada kekaki www.cmgo.com atau di bawah Menu Akaun di dalam aplikasi CMGO. Anda akan diminta mengisi butiran lanjut pada borang dan wakil kami akan membantu sewajarnya. Anda juga boleh menghantar emel ke enquiry@cmgo.com.
Adakah CMGO menggunakan atau berkongsi maklumat akaun saya?
CMGO hanya menggunakan token tanpa nama untuk mengesahkan kelayakan anda dengan pembekal perkhidmatan anda. Tiada akaun lain atau maklumat peribadi digunakan melainkan anda memilih ‘Opt-In’ untuk menerima emel pemasaran daripada CMGO.
Adakah laman web CMGO sama dengan aplikasi?
Kemungkinan ada beberapa perbezaan platform atau UI/UX ditemui antara laman web CMGO dan aplikasi CMGO, namun kesemua kandungan hebat dan ciri boleh didapati pada kedua-duanya.
Bolehkah saya memilih untuk menerima komunikasi daripada CMGO?
Semasa anda daftar masuk ke CMGO, anda akan ditanya dan mesti Opt-in secara proaktif untuk menerima e-mel pemasaran. Jika memilih sebaliknya, anda tidak akan menerima apa-apa. Jika anda memilih untuk menerima e-mel dan ingin berhenti melanggan, anda akan diberi pilihan untuk ‘berhenti melanggan’ (Opt-Out) dalam setiap komunikasi pemasaran.